Wednesday 11 May 2011





 



Dendrobium pierardii...........sejenis orkid yang mudah membiak.
berbunga tampa musim yang tetap....sangat rajin berbunga.
Daun nya akan gugur bila mana waktu berbunga telah sampai.
bunga nya berbau harum.
sejenis orkid yang tidak cerewet..letak lah di mana saja....


Monday 9 May 2011










Bulbo ini saya dapat dari langkwi tak pasti nama nya apa.....
dulu bunga nya pendek je...tapi kali ini panjang la jugak
puas mata memandang...
pokok ini tumbuh diatas batu ditepi pantai pda suasana redup 
dan banyak daun kering yang sudah hancur..
sesaipa yang ada info lain tentang pokok ni harap dapat share
ngan saya..

GENGORA

GONGORA ini saya dapat kira kira
tiga tahun yang lalu dari sebuah nuseri melalui kaedah tukar suka sama suka.
Ia amat sensitif pada panas...Jika anda dapati daunnya seakan melecur cepat cepat pindah kan ia ke tempat yang teduh tetapi berangin.



Akar gongora mesti selalu kering kerana jika lembab akan menyebabkan bulbnya cepat busuk...berbanding orkid jenis lain.







Ia berbunga dua ke tiga kali setahun. Identitinya yang paling nyata ia berbau seperti bunga cengkih dan bentuk bunga nya seperti seekor burung sedang hinggap.


Untuk musim ini ia hadiah kan saya dua tangkai bunga setelah pulih dari trauma musim hujan yang panjang..








Thursday 5 May 2011

THECOSTELE ALATA









Thecostele ini saya dapat dari.
 hutan simpan endau rompin.Dah lama dah.
serangga suka sangat ngan daun dia..kalau tak dijaga habis.
spsecies ni sangat rajin berbunga, tak da musim sentiasa ada ja bunga dia
kekadang tangkai bunga hampir mencecah 2 kaki panjang.
pokok ni baru mula berbunga selepas' re plant' sebulan yang lepas.