Monday 28 March 2011

Dendrobium aggregatum ini saya dapat disempadan Thailand.Sudah lima tahun saya mejaganya.Bermula dari dua pseudobbulbs kini ia telah memenuhi pasu dan ada yang telah saya pisahkan dari induknya.Dari hari petama menanamnya ia mengambil masa hampir satu setengah tahun untuk mula berbunga.

Den.aggregatum yang hidup subur boleh membesar sehingga 20cm tinggi dan boleh mempunyai tangkai bunga sepanjang antara 17 ke 21cm.Kelopaknya boleh berkembang sebesar syiling 20 sen[pada peringkat awal penanaman hasilnya tidaklah sebegini].

Den.aggregatum mepunyai bunga bewarna'deep yellow'sementara labellumnya bewarna'orange yellow'.Pada permulaan bunga nya berkembang,warnanya tidak begitu menyerlah.Ia lebih kepeda kuning kehijauan dan kemudian baru beransur kewarna sebenarnyaJadi jangan risau.....

Pada musim ini den.anggregatum ini telah menhadiahkan saya dengan tujuh tangkai bunga dengan kuntuman yang lebat,ia begitu menyerlah sekali walau kurang pembajaan kerana musim hujan yang panjang.



Bagi sesiapa yang mempunyai pengalaman tentang Den. aggregatum ini saya amat berbesar hati jika mahu berkongsi dengan saya kerana saya masih baru dalam bidang ini,saya masih mencari kawan-kawan yang meminati orkid.

No comments:

Post a Comment