Monday, 9 May 2011

GENGORA

GONGORA ini saya dapat kira kira
tiga tahun yang lalu dari sebuah nuseri melalui kaedah tukar suka sama suka.
Ia amat sensitif pada panas...Jika anda dapati daunnya seakan melecur cepat cepat pindah kan ia ke tempat yang teduh tetapi berangin.



Akar gongora mesti selalu kering kerana jika lembab akan menyebabkan bulbnya cepat busuk...berbanding orkid jenis lain.







Ia berbunga dua ke tiga kali setahun. Identitinya yang paling nyata ia berbau seperti bunga cengkih dan bentuk bunga nya seperti seekor burung sedang hinggap.


Untuk musim ini ia hadiah kan saya dua tangkai bunga setelah pulih dari trauma musim hujan yang panjang..








1 comment:

  1. gongora yang menjadi kegilaan ramai...heeee..

    ReplyDelete