Thursday 2 October 2014

Aerides ni saya dapat di Pulau Langkawi.Ia nya selalu tumbuh diatas pokok-pokok yang mempunyai kulit yang lembut seperti di atas pokok asam jawa.dari permerhatian saya Aerides kebanyakannya tumbuh mengadap matahari naik,jadi jika ingin kan Aerides anda selalu berbunga letakkan ia pada situasi tersebut.Aeridas saya berbunga antara 3 ke 4 kali setahun dan saya mempunyai lebih dari 5 variasi warna Aerides.Saya tidak menanam nya dalam pasu, saya cuma mengikatnya pada kayu atau menggantung nya begitu saja.Aerides akan hidup lebih subur kalau anda melekatkan nya pada pokok kerana akarnya akan mempunyai medium untuk menjalar. 

No comments:

Post a Comment