Saturday 1 October 2011

ACAMPE










Acampe ni saya dapat dari langkawi.
Sudah hampir 3 tahun,ini adalah kali ke 4 atau 5 
ia berbunga..Bunganya sebesar syiling 20 sen
bewarna kuning dengan jalur jalur merah.Enternya kuning
lateral lobe merah.Kelopak nya tebal dan keras.
Acampe ini mempunyai bau yg sungguh wangi.
Dihabitat asal acampe hidup diatas batu yang
berpasir dan kaya dengan gambut,50% teduhan.
Namun jenis yg tahan lasak ini bleh hidup dalam suasana
apa saja..walau hanya tergantung...

Friday 30 September 2011

fisrst blooom...

















Pertama kali berbunga selepas dipasukan semula.
Dahulu pokok in ditanam dengan mengguna kan 
midium arang,tetapi pertumbuhan nya kurang menggalakan.
Pokok nya seakan hidp segan mati tak mahu.Setelah
mencuba berbagai jenis midium saya dapati ia paling sesuai 
ditanam dengan mengguna kan akar paku langsui.Akar ini
seakan span menyimpan lembapan tetepi tidak menakung air
seperti moss.Ia mempunyai rongga-rongga untuk pengudaraan yang baik.