Monday 28 March 2011

Dendrobium aggregatum ini saya dapat disempadan Thailand.Sudah lima tahun saya mejaganya.Bermula dari dua pseudobbulbs kini ia telah memenuhi pasu dan ada yang telah saya pisahkan dari induknya.Dari hari petama menanamnya ia mengambil masa hampir satu setengah tahun untuk mula berbunga.

Den.aggregatum yang hidup subur boleh membesar sehingga 20cm tinggi dan boleh mempunyai tangkai bunga sepanjang antara 17 ke 21cm.Kelopaknya boleh berkembang sebesar syiling 20 sen[pada peringkat awal penanaman hasilnya tidaklah sebegini].

Den.aggregatum mepunyai bunga bewarna'deep yellow'sementara labellumnya bewarna'orange yellow'.Pada permulaan bunga nya berkembang,warnanya tidak begitu menyerlah.Ia lebih kepeda kuning kehijauan dan kemudian baru beransur kewarna sebenarnyaJadi jangan risau.....

Pada musim ini den.anggregatum ini telah menhadiahkan saya dengan tujuh tangkai bunga dengan kuntuman yang lebat,ia begitu menyerlah sekali walau kurang pembajaan kerana musim hujan yang panjang.



Bagi sesiapa yang mempunyai pengalaman tentang Den. aggregatum ini saya amat berbesar hati jika mahu berkongsi dengan saya kerana saya masih baru dalam bidang ini,saya masih mencari kawan-kawan yang meminati orkid.

Monday 14 March 2011

Diantara koleksi kegemaran saya ialah Phalaenosis.Bagi saya ia adalah diantara okid yang begitu 'survival'. Saya percaya mereka yang pernah menanamnya dengan penuh minat akan bersetuju dengan saya.Phalaenopsis sejenis okid yang tak mudah mati,
 walaupun semua daunnya telahrosak dan gugur selagi ada akar yang masih baik peluang untuk ia hidup kembali tetap ada.
Menjaga Phalaenopseis bukan sesuatu yang sukar.Anda hanya perlu menyiram sekali sehari pada hari panas andainya midium tanaman anda menggunakan arang dan batu bata dan diletakkan dibawah pondok berjaring tetapi jika anda menggunakan'sphagnum moss'anda hanya perlu menyembur dengan spray dan letakkan ia di tempat yang terlindung dari hujan.Namun jika anda mahu tanaman anda hidup subur adalah lebih baik menggunakan arang dan batu bata dan ditanam dalam pasu yang mempunyai banyak lubang.Ada juga  phalaenopsis yang suka bebas, maksud saya hanya diikat pada kayu.Selalunya yang saya dapat dari hutan.Untuk pembajaan saya menggunakan baja organik seperti tahi ayam,air basuhan beras atau ikan[ditapis dan menggunakan spray bagi mengelakkan lalat dan semut kerana ia akan cepat mengering].Saya juga menggunakan baja yang di buat sendiri .
Ada Phalaenopsis saya yang berbunga sepanjang tahun dan ada diantaranya pernah mendapat tempat dalam pertandinggan.Diantara kolesi saya ini ada saya dapat yang dapat dari hutan dan ianya amat bernilai .Ada juga yang dapat dari petukaran sesama kawan peminat okid dan ada dari nuseri.
Apa yang saya paparkan disini hanya lah dari sebahagian dari Phaleanopsis saya yang sedang berbunga.
Aerides ini saya  dapat dari Pulau Langkawi.Dari merhatian saya kebanyakan Arides tumbuh diatas pokok yang mempunyai kulit lembut dan berspan dan kebanyakkan kan nya tumbuh pada arah matahari naik.Jadi jika inginkan Arerides anda akan sering berbunga jika di letakkan ia pada posisi tersebut.                                                   Aerides tak perlu ditanam didalam pasu cukup dengan mengikatnya pada seketul kayu atau paling senang sangkut kan saja pada tempat di mana akarnya boleh menjalar,tetapi jika anda mempunyai pokok di halaman anda adalah lebih baik jika melekatkannya disitu kerana ia akan hidup lebih subur kerana akar akarnya mempunyai midium yang baik untuk menjalar.Saya mempunyai lebih dari 5 variasi warna Aerides.,kebanyakkan Aerides saya berbunga antara 3 ke 4 kali setahun dan saya meempunyai lebih dari 30 pokok.