Friday, 30 September 2011
Pertama kali berbunga selepas dipasukan semula.
Dahulu pokok in ditanam dengan mengguna kan
midium arang,tetapi pertumbuhan nya kurang menggalakan.
Pokok nya seakan hidp segan mati tak mahu.Setelah
mencuba berbagai jenis midium saya dapati ia paling sesuai
ditanam dengan mengguna kan akar paku langsui.Akar ini
seakan span menyimpan lembapan tetepi tidak menakung air
seperti moss.Ia mempunyai rongga-rongga untuk pengudaraan yang baik.
Sunday, 14 August 2011
AERANGIS
Aerangis ini sudah tiga tahun umurnya.
Ia adalah keiki dari induknya yang telah mati
di makan sejenis oleh sejenis kumbang penebuk
yg gemar memakan umbut orkid.
Pokok ini juga telah berkali kali mengalami nasib yg sama.
Tetapi setiap kali pucuk nya mati ia akan mengeluarkan
tunas yg baru.
Ini adalah kali ke empat ia berbunga,kali kedua untuk tahun ini.
Apa yang menarik nya kali ini ia mengeluarkan empat spike sekali.
Friday, 12 August 2011
Friday, 22 July 2011
ERIA
Eria ini saya dapat ketika berkunjung ke Serawak.
waktu itu ia spikenya sudah sepanjang 6"tetapi
kuntum bunga nya belum kelihatan.
Selepas lebih dari sebulan baru kuntum bunga mula
kelihatan.
Ia mengambil masa yang agak lama untuk berkembang
tetapi bunga nya hanya bertahan untuk tiga hari saja.
sehingga semua bunga berkembang, keseluruhan ia mengambil
masa hampir dua bulan.
kepada yang tahu idnya tolong bagi tahu....
Subscribe to:
Posts (Atom)