Diantara koleksi kegemaran saya ialah Phalaenosis.Bagi saya ia adalah diantara okid yang begitu 'survival'. Saya percaya mereka yang pernah menanamnya dengan penuh minat akan bersetuju dengan saya.Phalaenopsis sejenis okid yang tak mudah mati,
walaupun semua daunnya telahrosak dan gugur selagi ada akar yang masih baik peluang untuk ia hidup kembali tetap ada.
Menjaga Phalaenopseis bukan sesuatu yang sukar.Anda hanya perlu menyiram sekali sehari pada hari panas andainya midium tanaman anda menggunakan arang dan batu bata dan diletakkan dibawah pondok berjaring tetapi jika anda menggunakan'sphagnum moss'anda hanya perlu menyembur dengan spray dan letakkan ia di tempat yang terlindung dari hujan.Namun jika anda mahu tanaman anda hidup subur adalah lebih baik menggunakan arang dan batu bata dan ditanam dalam pasu yang mempunyai banyak lubang.Ada juga phalaenopsis yang suka bebas, maksud saya hanya diikat pada kayu.Selalunya yang saya dapat dari hutan.Untuk pembajaan saya menggunakan baja organik seperti tahi ayam,air basuhan beras atau ikan[ditapis dan menggunakan spray bagi mengelakkan lalat dan semut kerana ia akan cepat mengering].Saya juga menggunakan baja yang di buat sendiri .
Ada Phalaenopsis saya yang berbunga sepanjang tahun dan ada diantaranya pernah mendapat tempat dalam pertandinggan.Diantara kolesi saya ini ada saya dapat yang dapat dari hutan dan ianya amat bernilai .Ada juga yang dapat dari petukaran sesama kawan peminat okid dan ada dari nuseri.
Apa yang saya paparkan disini hanya lah dari sebahagian dari Phaleanopsis saya yang sedang berbunga.
No comments:
Post a Comment