Monday, 14 March 2011

Aerides ini saya  dapat dari Pulau Langkawi.Dari merhatian saya kebanyakan Arides tumbuh diatas pokok yang mempunyai kulit lembut dan berspan dan kebanyakkan kan nya tumbuh pada arah matahari naik.Jadi jika inginkan Arerides anda akan sering berbunga jika di letakkan ia pada posisi tersebut.                                                   Aerides tak perlu ditanam didalam pasu cukup dengan mengikatnya pada seketul kayu atau paling senang sangkut kan saja pada tempat di mana akarnya boleh menjalar,tetapi jika anda mempunyai pokok di halaman anda adalah lebih baik jika melekatkannya disitu kerana ia akan hidup lebih subur kerana akar akarnya mempunyai midium yang baik untuk menjalar.Saya mempunyai lebih dari 5 variasi warna Aerides.,kebanyakkan Aerides saya berbunga antara 3 ke 4 kali setahun dan saya meempunyai lebih dari 30 pokok.              

1 comment: